Tuesday 10 November 2015

Meredah 4 Negara, IndoChina Trip - Best Backpack Vacation

Assalamualaikum buat pembaca semua...

Kali ni akak nak share kan pengalaman sulung ber backpack. Sebetulnya akak baru balik dari trip IndoChina (30/10/2015-8/11/2015) selama 10 hari yang berakhir pada 2 malam lepas. Alhamdulillah, selamat sampai ke KLIA2 dari destinasi yang terakhir iaitu Bangkok. Terlalu banyak pengalaman yang akak kutip di sepanjang pengembaraan ini. Terima kasih juga diucapkan pada travel partner akak yang sangat best ini, sentiasa memberi sokongan...

Perjalanan trip Indo-china akak adalah seperti berikut..
  • Kuala Lumpur - Changsha, China (flight)
  • Changsha - Zhangjiajie , China (bas 9 jam)
  • Zhangjiajie - Nanning , China (train 16 jam)
  • Nanning - Hanoi, Vietnam (train 10 jam)
  • Hanoi - Ho Chi Minh , Vietnam (flight)
  • Ho Chi Minh - Phnom Penh, Cambodia (bas 8 jam)
  • Phnom Penh - Bangkok , Thailand (bas 15 jam)
  • Bangkok - Kuala Lumpur (flight)

Ini adalah travel partner akak yang best, gadis yang masih muda tetapi berjiwa kental :))
Kami sebenarnya mula-mula bertemu dalam BBM Family Day di Kem Isi Rimba dulu.



Trip ini sebenarnya tidak dirancangkan sepenuhnya. Kami hanya merancangkan untuk permulaan trip ke Changsha, China sahaja. Selepas selesai misi di Changsha nanti, akan tengok ke mana pula arah tujuan. Maklumlah baru belajar menjadi backpackers lah dikatakan.

Sebenarnya waktu mula-mula travel partner akak pelawa untuk travel ke Changsha dulu, akak tertanya-tanya juga.. Changsha? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun... Itulah yang bermain di benak fikiran tika itu. Akak bertanya lagi padanya.. apa yang menariknya kat Changsha tu? 


Dia kata nak pergi ke Tianmen Mountain. Akak sedikit terkejut...haaa..nak gi gunung kat China? Nak kena mendaki ke? Kalau nak mendaki gunung, maaflah..akak tak mampu dik.. Itu jawapan akak padanya.

Dengan senyum partner akak menerangkan tentang misi ke Tianmen Mountain tu... dimana terdapat sesuatu yang menarik di atas situ ialah glass skywalk di tebing gunung Tianmen. Tak lama sebenarnya untuk buat keputusan. Akak pun confirm ikut.. Wowww.. tak terfikir langsung akalku yang akak akan mampu lakukannya nanti. Sepatutnya kami bertiga, tetapi oleh kerana seorang rakan tu tak dapat cuti, maka tinggallah kami berdua saja.

Langkah pertama ialah kena apply visa China dulu ye... Pejabatnya di bangunan Hampshire Place Office. Single entry RM88.30



Sambil mengira hari berangkatnya, akak buatlah sedikit preparation dari segi mental dan fizikal.. workout cardio..  supaya lebih bertenaga nanti memandangkan kena banyak berjalan dan memanjat...heheheeeee...


Ok, backpack dan bantal merah menyenggau akak dah siap!!!
Ada yang bertanya akak apasal merah sangat? akak kata supaya akak akan lebih berani menghadapi cabaran nanti..hikkk :))


Ok, start itinerary di next posting ye...



Ni bagi panas dulu..jom tengok video ni :)




No comments:

Post a Comment

Popular Posts