Saturday 14 November 2015

Trip Indochina - Journey To Hanoi, Vietnam

Trip Indo-China

Day #5 

Nanning, China - Hanoi, Vietnam

Dari train station Nanning bahagian arrival, kami kena keluar untuk mencari kaunter menjual tiket, nak beli tiket ke Hanoi pulak. Signboard tak faham, tanya orang pun cakap ayam itik... dalam kebingungan, partner akak beli map.











nasib baik ternampak tourist information centre ni..


hmmm... sebelum masuk ke dalam railway station pun kena lalui check point polis nya dulu.. tunjuk paspot.


beratur di kaunter tiket train..




 punyalah happy nampak ada kaunter yang english speaking :))


Alhamdulillah dah dapat tiket soft sleeper ke Hanoi atau pun digelar oleh mereka "Gla Lam" berharga 430 yuan untuk 2 tiket




Pernah tengok tak buah hijau tu yg bentuk spt patung buddha? Unik betul... Ternampak dalam satu kedai yang jual buah selepas beli tiket di railway station Nanning.



entrance masuk ke tempat departure...






ketika masuk ke ruangan tempat duduk, mata akak terpaku pada seorang wanita tempatan yang memakai perhiasan di kepala.. dia ialah dari kaum tudjia..


eh..eh.. ada air panas.. teruja masa nampak ada kat korner tu. Perut kami memang sebenarnya lapar, nasib baik masih ada bekalan maggi. Apa lagi.. merendam maggi lah jawabnya.




sambil tu kami mengecas handfon...


Masa untuk meninggalkan Nanning dah tiba... 
kali ni menaiki train lagi ke Hanoi pula dengan 10 jam perjalanan!


Alhamdulillah, masa naik tu lega tengok katil... hmmm 1 bilik ada 4 katil...


Ini ialah jiran katil akak.. dia tiga beranak dengan suaminya, bangsa cina... nasib baik boleh cakap english sikit-sikit. Anaknya keletah sekali kami melayannya. Selesa tempat tidur ni maklumlah dapat soft sleeper.. dalam bilik pulak tu..


partner akak yang kecik molek ni of course akak suruh dia naik atas ler :D



Sedang lena kami tidur diulit mimpi, tiba-tiba kami dikejutkan oleh petugas train tu, mukanya serius je.. dia bercakap dengan kami dalam bahasa cina.. manalah kami faham. Akak jawablah kat dia don't understand. Last-last dia jawab kat akak.. "you get down now!" terkejut akak dibuatnya. Akak cakap kat dia sambil geleng kepala, No, we want to go Hanoi. Dia bentak lagi "get down now!

Akak pun tanya pada suami perempuan yang tidur sebilik dengan kami tu, nasib baik dia boleh explain.. rupa-rupanya kena turun di border bahagian China, nak check paspot di imigresen! adoiiiiiiiii...napelah jadi macam tu. Kan senang kalau petugas tu bagi tau sepatah je pun cukup "Immigration".. fahamlah kami terus.. ni macam dia paksa je kami turun. berderau jugaklah darah akak ni.. mikirkan kat mana pulak dia nak campak kami..hehehe.. tu lah masalah communication...

Masa akak berhadapan dengan pegawai imigresen tu, dia tunjuk-tunjuk pada tudung akak. Akak rasa dia suruh bukak. Akak geleng-geleng kepala sambil pegang tudung akak cakap.. "muslim.. muslim... malaysia". Dia tenung je akak..aduhh..ketaq juga hati rasanya berhadapan dengan komunis ni.. Lepas tu dia bercakap-cakap dengan kawan dia sambil pandang akak. Alhamdulillah..lepas.. isshhh..agaknuya tak pernah nampak perempuan pakai tudung kat situ kot..

Selepas tu naik tren balik. Selang lebih kurang sejam rasanya, kena turun lagi..kat border Vietnam pulak..cop imigresen. Kali ni fahamlah bila petugas train ketuk bilik dan cakap suruh turun...hehehee... :))


 sempat snap curi gambar Kaunter imigresen di border Vietnam 
(jadi berani sebab tak ada nampak gambar 'no camera')

Cara di sini ialah mereka akan kutip semua paspot dan mereka akan check/chop. Kemudian baru dipulangkan dengan memanggil nama sorang..sorang..



ok, dah siap tu, kami naik semula ke train meneruskan perjalanan ke Hanoi. 
Jumpa lagi di lain entri! :)



No comments:

Post a Comment

Popular Posts