Friday 20 November 2015

Trip Indochina - Cu Chi Tunnel - Ho Chi Minh, Vietnam

Trip Indo-China

Day #8 

Ho Chi Minh - Vietnam (Part 1)

Flight dari Hanoi landing di Tan Son Nhat international Airport, Ho Chi Minh City.. lebih kurang pukul 12:30 malam kalau tak silap. Selepas tu, cari teksi ke Hotel Song Anh yang kami dah buat booking awalnya. Caj teksi dari airport ke hotel ialah 130,000 dong. Setelah sampai ke hotel, kami check in dan bayar sewa bilik dengan harga usd25 (ni sebab dah regular customer). Harga biasa sewa bilik itu ialah usd30 semalam. Dah settle mandi semua, nak tidor tengok dah hampir pukul 3 pagi.

Pukul 8 pagi kami nak ikut tour group trip ke Cu Chi Tunnel... hmmmm...waktu solat subuh pula ialah 5:50 pagi.. memanglah tak akan cukup tidur..

Lepas solat subuh akak tertidur balik. Apa lagi jawabnya terlambat bangunlah... Lintang pukang bangun siap dan kemas beg sekali untuk check out terus, sebab nanti balik dari trip dah petang. Kami simpan beg di lobby hotel dan terus keluar sebab van pick up dah menunggu di luar. Tak sempat breakfast, kami tapau aje karipap gergasi ni, beli dari Restoran Halal Amin.. harganya 20,000 dong sekeping :))



Memandangkan kami berdua belum pernah pergi lagi ke Chu Chi Tunnel sebelum ini, maka sebab tu kami teringin nak melawat ke situ. Akak dah 4 kali datang ke Ho Chi Minh ini, tapi setiap kali, akak hanya pergi tour ke Sg. Mekong aje. 

Kami sebenarnya menumpang dengan satu grup dari Raub, Pahang. Jadi untuk memenuhkan van tu, kami dapat harga diskaun sedikit, lagi pun tour guide pun dah jadi kawan akak. Harga pakej kebiasaannya ialah usd 25 seorang bagi trip ke Chu Chi Tunnel ini. Alhamdulillah...

Dalam perjalanan ke Chu Chi Tunnel, kami singgah dulu ke tempat Handicapped Handicrafts... tapi apa yang akak perhatikan, tak semua orang yang cacat di situ..tapi tak tau lah kan...kot kot akak tak nampak kecacatannya... 

hmmm.. baru akak tahu rupa-rupanya craft yang famous yang dihasilkan di Vietnam ni dibuat daripada kulit telur. Begitu halus dan mulus buatannya...






Cantik dan halus pembuatannya.. tapi akak tak beli apa pun sebab travel dengan 1 backpack je kali ni ke 4 benua, beg akak pun memang dah sendat... 9 kg tu!




sungguh halus..






Wowww !


Jom teruskan perjalanan...


Perjalanan ke Chu Chi Tunnel mengambil masa sejam lebih untuk sampai.. Melalui kawasan perkampungan serta dipenuhi pokok2 getah.. kawasannya agak pendalaman sikit.. melopong tengok jerangkap samar mereka begitu banyak.. 


Cu Chi Tunnel

The tunnels of Cu Chi are an immense network of connecting underground tunnels located in the Cu Chi district of Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, and are part of a much larger network of tunnels that underlie much of the country. The Củ Chi tunnels were the location of several military campaigns during the Vietnam War, and were the Viet Cong's base of operations for the Tết Offensive in 1968.

The tunnels were used by Viet Cong soldiers as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous North Vietnamese fighters. The tunnel systems were of great importance to the Viet Cong in their resistance to American forces, and helped to counter the growing American military effort.


The 75-mile (121 km)-long complex of tunnels at Củ Chi has been preserved by the government of Vietnam,[3] and turned into a war memorial park with two different tunnel display sites, Ben Dinh and Ben Duoc. The tunnels are a popular tourist attraction, and visitors are invited to crawl around in the safer parts of the tunnel system. The Ben Duoc site contains part of the original tunnel system, while the Ben Dinh site, closer to Saigon, has tunnel reconstructions and some tunnels have been made larger to accommodate the larger size of Western tourists. 

In both sites low-power lights have been installed in the tunnels to make traveling through them easier, and both sites have displays of the different types of booby traps that were used. Underground conference rooms where campaigns such as the Tết Offensive were planned in 1968 have been restored, and visitors may enjoy a simple meal of food that Viet Cong fighters would have eaten.

Above-ground attractions include caged monkeys, vendors selling souvenirs, and a shooting range where visitors can fire a number of assault rifles, such as the M16 rifle or AK-47, as well as a light machine gun like the M60.


Tiket masuk Chu Chi Tunnel...90,000 dong


Catitan dari seorang teman (Zaid)

Chu Chi Tunnel terletak di Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon, kota ni sering menjadi rebutan mgkin kerana lokasinya yang sangat strategik, pernah bersilih ganti kerajaan yang akhirnye jatuh ke tangan komunis hingga kini.

Terowong bawah tanah ini bukti kepintaran si kecil berperang dengan pasukan lengkap bersenjata ketika perang Vietnam selatan yang disokong oleh US pd tahun 70-an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka daripada dijajah oleh US, tinggalan sejarah ini membuktikan bagaimana mereka berjaya membentuk laluan bawah tanah 3 level sejauh hampir 200km panjang demi untuk mempertahankan negara dari kuasa asing. Wow! Hebat kan!

Laluan dalam terowong sangat sempit dan sukar untuk bernafas kerana kekurangan oksigen. Baru cuba jalan 300 meter dalam terowong dah terasa penat, macamna lah diorang boleh bersembunyi begitu lama di dalam terowong ni kan. Mereka menggunakan strategi perang gerila dengan serangan hendap menjadi senjata utama....

Chu chi Tunnel ada dua tempat, satu di Ben Dinh dan satu lagi di Ben Duoc. Di Ben Dinh tempatnye dah byk diubah suai untuk kemudahan pelancong, manakala di Ben Duoc pula masih kekalkan tunnel yang asal dan kebanyakan orang tempatan pergi ke Ben Duoc, cuma lokasinya agak jauh dari bandar Ho Chi Minh.

Untuk ke Chu Chi Tunnel (Ben Dinh) boleh naik public transport, ambil bas di stesen bas Ben Thanh, berhadapan dgn Ben Thanh market, tambang pergi balik sekitar 27,000 dong (RM5.20) sahaja.


Memasuki entrance je dah nampak display peralatan-peralatan untuk berperang ni..


Bom betul tu !!!


Setiap orang akan dilekatkan dengan stiker ini di lengan baju.


Mula-mula sekali kami ditunjukkan video pengenalan tentang tempat ini


A trap door on the jungle floor leads down into the Củ Chi tunnels. Closed and camouflaged, it is almost undetectable.













seronoknya dapat merasa panjat kereta kebal ni..




Bersama grup dari Raub, Pahang


ini ialah tour guide kami di Cu Chi Tunnel..tapi tak ingat dah namanya.. memang army officer... dia ni pandai jugak bergurau dan mengusik akak  :))




Selipar yang dibuat dari tayar










booby trap...












Ini ialah seorang bekas american soldier yang pernah menembak di sini semasa perang dengan vietnam dulu. Dia datang melawat balik kawasan ini dengan perasaan yang penuh penyesalan di atas perbuatannya dulu..




tunnel tu telah diluaskan sedikit untuk kemudahan pelancong barat

(gambar dari mr.google)


 Seronok dapat merasa berjalan dalam tunnel sambil kena membongkok..
 lebih kurang 20 meter panjangnya... sekadar saja nak merasa. Kami diberi pilihan samada nak yang pendek atau yang panjang.. of course le kami semua pilih nak yang pendek je.. naik sesak nafas dok lama-lama kat bawah tu. 

Depan akak tu masa nak masuk tunnel.. si mat salleh..tiba2 dia undur balik.. keluar.. tak tau kenapa. Lepas tu akak terus masuk meredah tunnel tu..gelap.. Bila dah keluar, puas hati rasanya :))





Firing Range...


 Tourists can fire a variety of Vietnam War era weapons at the shooting range. 







kitchen..


basuh tangan,,,


Kami dihidangkan dengan ubi kayu di sini... Rasa ubi kayu ni agak pahit sedikit.. dicicah dengan kacang tanah tumbuk


Cara buat 'kulit popia vietnam'







bersambung ke Part 2 nanti...


Jumpa lagi!  :))


No comments:

Post a Comment

Popular Posts