Friday 20 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (29) : Ankara - Bolu (Bermain Salji)

Setelah melawat ke Ataturk Museum dan Anatolian Museum tadi, perjalanan kami diteruskan lagi ke Bolu... wahhh.. betul sekali bagai yang diberitahu oleh tour guide kami, bahawa snow telah turun di Bolu, bermakna harapan cerah bagi kami untuk bermain-main dengan snow ini dan bagi mereka yang tak pernah lagi merasai snow, tentu sangat teruja..

Bas dipandu dengan perlahan sekali oleh kerana jalan yang licin dengan turunnya snow itu. Jika dipandu laju, pasti membahayakan. Terpegun sekali kami dengan keindahan pemandangan yang dihamparkan ini..

Baru ku tahu, mereka terpaksa taburkan garam di atas jalanraya supaya snow tu cair dan tak membeku atas jalan.. ehhh..betul ke apa yang ku tulis ni? hmmm.. entah ler.. macam ada yang tak betul je..



BOLU

Bolu is one of the most enchanting provinces of Turkey located approximately half-way between Istanbul and Ankara. Bolu is famous for its dense forests, fauna and modern hot spring facilities.

The history of the province dates back to Phrygians around 1200 BC. Then the Persians, Alexander the Great, Romans, Seljuk and Ottomans have left their traces. During the Hellenistic period the area was called as Bithynia, then Romans called it Claudio Polis, and finally named as Bolu by the Turks.














Sebelum sampai ke hotel kami di Bolu ini, ramai yang request supaya berhenti sekejap di rest area sebab semua dah teruja, tak sabar nak merasai dan bermain dengan snow yang memutih itu. Mereka khuathirkan jika sampai hotel di Bolu nanti, dah gelap nanti dan snow masih belum turun lagi ke... kan melepas! :))








Bagaikan kanak-kanak riang semuanya...
habis reban itik pun kami kacau! heheheee..





Dah beku tangan semua, barulah masing-masing masuk ke dalam kedai tu, mencari kopi panas.. selepas tu, saya turun balik sebab nak rakam video di bawah ni..





Ok, bila dah agak lama jugak berhenti di rest area tu, tour guide dah panggil semua supaya naik bas balik. Tak lama dah nak sampai ke hotel kami.. 
Harap-haraplah kat hotel kami menginap malam ni ada snow jugak ye..



--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts