Saturday 21 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (30) : Bolu - Von Resort Abant

Von Resort Abant

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke tempat penginapan kami untuk malam ni. Von Resort Abant namanya tempat, letaknya dalam kawasan yang dipenuhi pokok-pokok besar, boleh katakan macam forest jugaklah. Tapi, tempat ni eksklusif sebenarnya sebab ia dipunyai oleh sebuah kelab football di Turki iaitu Von Club Abant. 

Von Resort Ini juga merupakan penginapan kami yang terakhir dalam trip Turki ini. Kami tiba waktu tu dah gelap. Jadi, tak nampak sangat kawasan tu sebab dipenuhi dengan pokok-pokok. Snow baru nak turun sikit-sikit. Haaaa..nasib baiklah dorang ni dah merasa main salji tadi di rest area Koroglu.

Sebaik tiba, kami menunggu kunci bilik sementara tour leader menguruskan check-in. Dah dapat kunci memasing, kami dibawa terus ke restoran untuk dinner dulu sebelum masuk bilik.





KARACA Restaurant terletak di belakang bangunan reception. kat gambar atas tu nampak tak ketulan-ketulan kecik snow kat atas jalan tu? kat sini baru start turun snow katanya..





Dinner di sini ialah buffet. Bermacam-macam hidangan ada dan turkish delight nya sangat banyak di sini, tapi semuanya sangat manis..

















lepas makan semua sibuk bergambar kat tempat pemanas ni.. 
heheheee.. maklumlah negara kita ni tak ada bende ni..


okeyyy.. lepas makan, ada yang berjalan kaki ke bilik dan yang bilik nya jauh tu, kami naik lah kereta ni.. ala-ala 'buggy' kot.. :))



Wahhh.. besar jugak bilik ni,walau pun yang standard je. ada balcony jugak.. Bilikku bernombor 220.










hmmm... lepas berehat seketika, mulalah ku rasa nak berjalan-jalan di sekitar resort ni. Nasib baik ada sorang ni yang nak temankan. ye lah takut jugak jalan sorang-sorang sini sebab takut tiba-tiba bertembung dengan beruang pulak.. hahaha.. kan ke forest ni.. 

Sambil-sambil berjalan tu, seronok rasa snow jatuh atas muka.. hehehee.. tapi tak boleh lama di luar.. dah bekuuuuuu!


Pagi esoknya, subuh-subuh lagi kami dah kena breakfast sebab kena check out awal. Memang tak sempat langsung untuk menikmati keindahan resort ini.. sayangnya..


2 gambar di bawah ni saya ambil dari google. 


Beginilah rupa persekitaran rumah/bilik kami dari luar. 
Tak tau pulak ada tasik dan jambatan ni.. cantik posing kat situ.. huhuu..


ok, time untuk check-out..






haaaa... saper punya kerja ni? hikkk...





Selepas breakfast, perjalanan kami seterusnya adalah pulang ke Istanbul.


 --> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts