Monday 16 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (27) - Cappadocia - Ankara (Salt Lake)

Salt Lake

Persinggahan kedua ialah Tuz Golu atau pun Salt Lake. Ketika kami sampai ke Salt Lake ni, cuaca hujan renyai. Saya cuma turun skejap dan ambik gambar je, lepas tu cepat-cepat naik bas balik, tak masuk pun ke dalam kedai yang di belakang tu. Jadi, saya tak tahu apa yang dijual di situ. Kata kawan-kawan yang masuk, ada dijual garam tu..

Sebelum tiba ke tempat persinggahan di Salt Lake ini, saya nampak tasik yang memutih, iaitu tasik yang dipenuhi dengan garam di sepanjang perjalanan yang hampir ke situ.


Salt Lake ini sangat luas, kira-kira 1,665 ㎦ . Ianya terletak di antara jalan dari Cappadocia nak ke Ankara.


The Tuz Gölü, also called Tatta in antiquity, is a closed-end lake surrounded by plateaus. He sources that feed the lake are insufficient, the river Melendiz (Aksaray) and river Pecenekozu (Sereflikochisar).



Nampak tak yang 2 orang berpayung tu? 
Mereka berjalan ke Tasik Garam.. tiada apa-apa yang menarik di situ melainkan berjalan di atas garam! :)



Ok, selepas ini, kami akan ke restaurant untuk mengisi perut yang dah berkrook krook semua :))


Lunch di Ayranci









lunch hari ni boleh tahanlah.. sedap jugak cuma tekak saya ni tekak pedas, maka kepuasan tu tak ada lah.. hihihiii...




shopping turkish delight..
Saya baru prasan ada sekeping gambar ini je yang saya ambil di kedai tu walhal kedai tu besar dengan berbagai barangan termasuk souvenirs.. haaaa.. sebab tu lah agaknya yang membuatkan saya leka memilih barangan untuk souvenirs :) sampai tak sedar yang saya tak ambik gambar...


Saya cuma membeli 2 jenis turkish delights ini saja untuk dibawa balik, sebab ianya kurang manis. Saya memang tak tahan kalau manis sangat.




Ok, teruskan lagi perjalanan ni, tak lama dah nak sampai Ankara ni...


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts