Monday 2 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (15) : Pamukkale - Konya

Selamat pagi Pamukkale!

Setelah breakfast, kami check-out dari Hotel Lycus River untuk meneruskan perjalanan. Itinerari kami hari ini adalah untuk ke Konya dan seterusnya akan bermalam di Cappadocia.

Kami dibawa singgah dulu ke Varol Tekstil yang menawarkan berbagai barangan kelengkapan rumah yang cantik, handmade carpet, pakaian, tudung, souvenirs dan juga turkish delights. Begitu banyak barangannya di sini dan harganya pula sangat berpatutan. Banyak juga kami shopping di sini..

Mereka juga menyediakan servis membungkus barang dengan plastik yang disedut udara agar barangan yang dibeli dapat dikempiskan menjadi mampat dan tidak begitu banyak memakan ruang di dalam luggage.







Setelah siap semuanya dibungkus, kami bertolak ke Konya dan perjalanan akan mengambil masa selama 6 jam 45 minit.



Lebih kurang 1 1/2 jam perjalanan, bas kami berhenti di kawasan Anatolia Restaurant untuk berehat minum kopi panas dan membolehkan mereka yang ingin ke tandas. Nasib baik tak banyak barangan yang dijual di sini.. kalau tak, hmmm.. lambatlah naik bas balik jawabnya.. hihihiiii...






Ok.. perjalanan diteruskan lagi..






Kami melalui satu kawasan yang dipenuhi dengan windmill...










Setelah lagi 1 1/2 jam berlalu, kami berhenti untuk lunch di Iozkani, Aksehir. Konsep binaan restoran ini sangat cantik, kawasannya juga sangat luas. Angin bertiup kencang waktu kami turun dari bas.









Hidangan yang disajikan pun amat menarik dan sedap... seperti biasa, dimulakan dengan soup, salad dan roti. Setelah itu dihidangkan pula dengan pizza. Rasa pizza ini sedap sangat dan ianya agak nipis dari kebiasaan pizza yang kita makan.

Akhir sekali dihidangkan dengan chicken set. Begitu berselera sekali kami makan dengan ayam gril nya yang juicy itu.











Alhamdulillah setelah kenyang, kami solat dulu sebelum meneruskan perjalanan. Setelah selesai, perjalanan ke Konya diteruskan lagi untuk 3 jam.



Jumpa di Konya nanti! :)


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts