Saturday 24 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (4) - Istanbul Sightseeing, Topkapi Palace

TOPKAPI PALACE 

Topkapi Palace, atau orang tempatan menggelarnya (dalam bahasa kita berbunyi seperti 'topkaper'.

Istana Topkapi ini bukan sahaja setakat menjadi kediaman Sultan Uthmaniyyah, tetapi juga ianya adalah pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki. Istana ini dibina sekitar tahun 1460an hingga ke 1478 oleh Sultan Mehmed II. Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga ke pertengahan abad ke 19. 

Di dalam Istana Topkapi ini, masih terdapat beberapa peninggalan Nabi Muhammad SAW, khazanah Diraja serta imperialis arkib yang terus dipelihara sehingga kini.

Berikutan pemansuhan monarki Uthmaniyyah pada tahun 1922, Istana Topkapi telah ditukarkan menjadi sebuah muzium pada sekitar tahun 1924 di atas arahan pemerintah Turki yang baru iaitu Ustafa Kemal Ataturk.








































Di dalam muzium di Topkapi Palace ini, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Jadi ku google je lah sebab nakkan gambar barangan pamerannya sikit. Antara khazanah yang tersimpan dalam muzium ini ialah...









Ke mana pula selepas ni?


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts