Thursday 22 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (2) - Istanbul Sightseeing, Blue Mosque

Travelog EJ -Trip Turki
25/11/2016 | Hari Kedua

Kelam kabut jugak kami dibuatnya dari tengah malam semalam, bila waktu di Turki ini telah dicepatkan 1 jam lagi kerana menurut mereka, ia adalah peralihan musim. Kami tak diberitahu sebelum itu, cuma mengetahuinya apabila kami bertanyakan tentang waktu solat subuh dan waktu di jam dinding reception yang berlainan daripada yang kami ketahui waktunya sebelum ini.

Kami check out hotel untuk pergi sightseeing Istanbul hari ini dan selepas tu, akan meneruskan perjalanan ke Bursa pula. Aku tak sempat pun untuk breakfast kerana kena keluar awal tadi dan aku tika itu pun masih confuse kan waktunya.




Tour guide memberi penerangan tentang lawatan hari ini..












Mula-mula sekali, kami akan melawat ke 3 tempat tumpuan para pelancong iatu Blue Mosque atau Masjid Biru, Hagia Sophia dan juga Topkapi Palace.














BLUE MOSQUE 


Masjid Biru atau pun nama asalnya, Sultan Ahmet Mosque adalah masjid yang bersejarah di Istanbul. Orang Turki menamakan Masjid Biru ini sebagai Sultan Ahmed Otoman dan telah dibina lebih 400 tahun dulu, antara tahun 1609 dan 1616. 

Ianya digelar sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin mosaic nya yang berwarna biru yang menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Blue Mosque mempunyai 6 minarets untuk membezakan ia dengan Hagia Sophia. Sehingga kini, Masjid Biru telah menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong ke Istanbul.












Di tingkat atas, terdapat chandeliar asal yang digantung, tetapi ianya tidak boleh berfungsi lagi, hanya sebagai hiasan, sebahagian nostalgia masjid biru ini.





















Lepas ni nak pergi money changer sekejap nak tukar duit lira...










Ok, dah siap tukar duit...
Lepas ni jom ikut melawat ke Hagia Sophia pula...








--> [Next] <--




No comments:

Post a Comment

Popular Posts