Friday 30 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (11) : Kusadasi Sightseeing - Leather Factory

Agenda kami yang pertama untuk hari ini setelah check-out dari Hotel Marina tadi, adalah melawat ke Populer Leather Factory...


Sebaik saja grup kami turun dari bas, kami disambut dengan minuman apple tea. Kawasan factory ni sangat luas. Di lamannya banyak ditanam dengan pokok limau.








Di main entrance ke factory, kami disambut oleh General Manager mereka, dah lupa pulak namanya..


laluan yang dilalui dibawah ini pula adalah laluan mereka yang dari tandas



menantikan Fashion Show dimulakan..


General Manager nya memberi penerangan terlebih dahulu tentang jenis dan kualiti leather jacket mereka. Leather jacket yang paling mahal dan sangat ringan adalah dari kulit kambing biri-biri.

Agak teruja juga aku apabila diberitahu oleh nya bahawa factory mereka ini menjadi pembekal leather jacket kepada Harrods di London... wow!!!
serta dibranding kembali oleh Hugo dan Gorgio Amani.. perghh!


Selepas tamat penerangan, Pertunjukan dimulakan..




Wahhhh.. caya lah brother... sengih sampai ke telinga nampak.. :))

bro ni serta seorang sis yang dari grup kami, telah dijadikan 'model jemputan' untuk memperagakan jacket mereka. untung laaaaa.. hehehee 





Selepas tamat pertunjukan, kami dbawa pula ke showroom nya..
haaaa..part ni lah yang kami tak tahan ni...hihihiii..
berbagai koleksi leather jacket mereka, 
dikabarkan ada lebih kurang 10,000 helai.. 
wowww.. banyaknya!




  walau pun pada mulanya, aku tidak berkeinginan langsung untuk membeli jacket di sini oleh kerana harga nya yang sangat mengaummm... 
namun, akhirnya ku terjebak juga... selepas berlaku proses tawar menawar... ku kecundang jua setelah bermain tarik tali credit card ku dengan manager tu..

 haaaaa.. aku buat terlajak baik dengan owner factory ini iaitu Mr. Ibrahim, dapatlah diskaun yang bagus.. maka berterbanganlah keluar jua duit yang di swipe dari credit card untuk sehelai leather jacket yang ku minati tu...


Gambar di atas ini ialah Manager di sini yang membantuku mengenalkan dengan owner factory ini.. sementara gambar di bawah ini ialah Mr. Ibrahim. Beliau merupakan designer sekali gus merupakan owner factory Populer Leather ini.


Sebelum naik bas, kami sempat bergambar grup di sini..


Persinggahan seterusnya adalah melawat ke Kota Ephesus, Selcuk..


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts