Tuesday 15 November 2016

Bandung Trip 2016 (4) - Grafika Cikole

Grafika Cikole, Lembang


Grafika Cikole  adalah salah satu tempat penginapan yang terletak di kaki gunung Tangkuban Perahu iaitu di Lembang, Bandung. Tempat penginapan yang terdiri dari pondok-pondok yang diperbuat dari kayu ini letaknya di atas bukit, dengan hamparan rumput di celah-celah pokok pines dengan udara yang sejuk lagi nyaman. Pondok-pondok di Lembang ini menawarkan suasana rumah desa dengan hiasan dalaman serta luarannya dari kayu. 

Grafika Cikole sangat cantik tempatnya dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota dan bercuti dengan tenang untuk menghilangkan stress di samping menghirup udara segar penuh kehijauan. 

Di sini juga disediakan tempat bagi mereka yang suka berkhemah. Aktiviti berjalan di atas jambatan gantung juga menjadi daya penarik bagi anak-anak muda berkunjung ke sini.

Masa akak pergi situ, cuaca hujan renyai. Tujuan datang ke Grafika Cikole ini ialah untuk melawat kawasan ini saja selepas terlihat beberapa kali post di facebook traveller. Jadi, perasaan ingin tahu lah yang membawa akak ke tempat itu :))

Address: 
Jl. Tangkuban Perahu Km. 8, 
Cikole, Lembang, 
Jawa Barat 40391, 
Indonesia

Phone: 
+62 22 82782441

Entrance Fee: 
Rp.15.000

Tiket itu pula boleh redeem dengan samada 
goreng pisang, tempe goreng atau tahu goreng.



























Bagi yang berminat untuk bermalam di sini, 
boleh lihat harga sewa pondok di bawah ini...















Selesai sudah tour kami ke Grafika Cikole, Lembang Bandung.
Sampai ketemu lagi!


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts