Wednesday 16 November 2016

Bandung Trip 2016 (5) - Floating Market

Floating Market, Lembang



Selepas keluar dari kawasan Grafika Cikole tadi, akak terus ke seberang jalan. Haaa.. nak tahu ke mana? hmmm... cuaca sejuk-sejuk macam ni, minum kopi musang ler.. hahahaaa.. Sebenarnya akak tak nak lah bercerita tentang kopi luwak ni, tahun lepas pun dah pergi dan dah pernah post entri ni dulu. So, kalau nak baca apa itu kopi luwak dan apa keunikannya, korang boleh klik gambar bawah ni atau klik sini.



ok, lepas ni jom ke Floating Market pulak..



Floating Market

Floating Market Lembang telah dirasmikan operasinya pada 12 Disember 2012 dan kini, Floating Market ini telah menjadi daya tarikan unggul daerah Lembang.

Keluasan Floating Market Lembang adalah seluas 7 hektar yang ada di Lembang yang bernama Situ Umar dan situ Karang Putri. 

Keunikan Floating Market Lembang ini selain dari keindahan alam sekitar situ serta danau yang asli dan indah, pengunjung juga akan di sogokkan dengan beraneka jenis menu makanan khas jawa barat atau sunda yang lezat dan nikmat, yang dipamerkan di atas perahu-perahu yang lebih kurang sebanyak 46 buah di sepanjang tepian kawasan danau.

Sebenarnya Floating Market ni pun akak dah pergi tahun lepas. Jadi entri dah post mengenainya dulu.. nak baca yang lebih detail, boleh klik sini. Masa akak sampai ke Floating Market tu pun hujan renyai. Jadi malas nak meredah hujan. Pengunjung pun ada 4, 5 kerat je. Singgah sekejap je sebab ada bawa orang lain bersama yang belum pernah sampai ke situ. 

Tiket masuk ni boleh ditukar dengan pilihan beraneka welcome drink yang ada seperti Choco Latte, Coffee Late, Milo atau Lemon Tea.


Kaunter di bawah ni ialah untuk menukar koin.
Hanya koin yang akan digunakan bagi membeli makanan di dalam sampan nanti.






Akak lepak kat sini je, sementara 2 orang lagi pergi meredah hujan...


Sebelum keluar dari situ, akak pun pergi dapatkan kopi panas... 
hmmm.. sedapnya!




Alamat :
Jalan Grand Hotel,
No 33 E Lembang, 
Bandung Barat 40391
Jawa Barat 
Indoensia 

Nombor Telefon :
+(022) 2535898

Waktu Operasi :
Weekday [ Senin – Jumat ] : 09.00 – 17.00 
Weekend [ Sabtu – Minggu – Cuti Am ] : 09.00 – 20.00 

**********

 Keluar dari situ, sempat pulak menyoping sikit kat depan tu.. 
di Clothing Market (Factory Outlet). 

hmmm... Kalau dah namanya perempuan kannnn.. :))


 Ok, dah selesai tour ke Lembang untuk hari ini. 
Jom balik ke bandar Bandung.






No comments:

Post a Comment

Popular Posts