Thursday 10 November 2016

Bandung Trip 2016 (1) - Farmhouse Susu Lembang

Farmhouse Susu Lembang


Farmhouse Lembang adalah sebuah kawasan rekreasi baru yang menarik untuk dikunjungi apabila anda datang bercuti ke Bandung. Ianya terletak di Jl.raya Lembang, no.108 Cihideung.

Lokasi Farmhouse Lembang ini berada di laluan antara Bandung - Lembang dan juga satu arah jika anda ingin ke Floating Market, De'ranch  dan Taman Begonia.

Farmhouse Lembang telah membina suatu kawasan dengan pemandangan yang ala-ala eropah cuma kawasannya tidaklah luas sangat dan masih lagi dalam pembinaan di beberapa bahagian.

Apabila memasuki kawasan ini, kenderaan akan diarahkan untuk parking dan seterusnya membeli tiket masuk dengan harga Rp.20.000 seorang.

Sejurus memasuki gerbang utamanya, mata anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun yang indah. Apa lagi, bolehlah bergambar kat situ dengan background yang sangat cantik.

Selepas itu, akan ada papan tanda yang menyuruh kita tukarkan tiket masuk itu samada dengan segelas susu atau pun sosej bakar. Pilih sajalah yang mana sesuai dengan selera anda.

Pengurusan Farmhouse Lembang ini juga menitikberatkan kebersihan tandasnya. Selain dari cafe-cafe, ada juga gerai yang menjual jus buah. Di sini juga disediakan dengan ruang solat yang selesa. 

Jangan tak tau ye, di Farmhouse ini juga terkenal dengan rumah hobbit dan gadis-gadis yang berkostum tradisional eropah. Jika anda ingin berfoto dengan kostum itu pun boleh, kadar sewa yang dikenakan ialah Rp.50.000 untuk 2 jam. Sayang sekali kerana akak tak sempat nak pergi ke kawasan itu yang terletak agak jauh sedikit. Kalau tak pun, sure dah akak melaram dengan kostum eropah tu. Nampaknya nak kena repeat lagi ni.. hehee..















Haa..haaa.. ada juga disediakan kawasan untuk Love Locks. Tak payah lah pergi jauh-jauh macam tu ke Korea, kannn... di sini pun ada :)




kawasan yang ada rumah hobbit




Secara keseluruhannya, Farmhouse ini sangat menarik untuk dikunjungi semasa bercuti ke Bandung. Waktu operasinya adalah dari pukul 9 pagi hingga ke pukul 9 malam. 

Ke mana kita lepas ni?


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts