Sunday 16 October 2016

Siem Reap Trip Santai 2016 (1) - Sightseeing

Salam sabtu buat pembaca budiman, hari ni akak nak update story tentang trip Siem Reap yang akak baru balik 3 hari lepas. Ye..ye.. akak tau.. story trip New Zealand pun tak habis lagi update kan.. hehehee.. habih camno? Tak pe lah akak update story short trip Siem Reap ni dulu ye, nanti lepas tu akan sambung story New Zealand pulak.. insya Allah.. :))



Trip Siem Reap ini cuma pendek je (11/10/2016 - 13/10/2016) 3 hari 2 malam, sebab hari Sabtu pagi (15/10/2016) tu sepatutnya ada meeting dengan pihak Travellution, sebab tu lah kena make a short trip. Tapi bila akak dah sampai di sana, baru diberitahu yang meeting hari sabtu tu dah di batalkan... rugilah kan kalau nak tukar tarikh balik.. duit lagi.. apa-apa pun enjoy je lah short trip ni.



hmmm... oleh sebab flight akak tu awal pagi bebenor... departure pukul 6:50 pagi, maka akak pun terpaksalah tidur di airport pada malam sebelum tu, 10hb. Pertama kali tidur di surau KLIA2... mak aiii.. sojuk nyer! Menggigil dibuatnya.. ye lah.. aircond kuat dan bilik tertutup. Ramai juga yang tidur situ, semua kesejukan. Tak tahan, kul 3 pagi bangun..keluar cari hot coffee. Lepas tu terus tak boleh tidur.. solat tahajjud jawabnya.

Dalam flight, makan nasi lemak pak nasser yang dah order sekali masa booking flight. Sampai di airport Siem Reap, driver tuk tuk akak yang baik budi tu, Mr.S dah sedia menunggu. Terus dihantar check in ke tempat penginapan... hmm.. bahagianya dapat check in awal, masa tu baru kul 10 pagi. Lebih bahagia lagi apabila bilik deluxe yang akak book itu di upgrade kan ke deluxe suite! yeahhh...suka..suka..suka..





Check in..


 Lepas check in tu, akak keluar balik untuk gi sightseeing... 
hmm.. nak ke mana ye?

Sebenarnya, akak dah beberapa kali datang bercuti ke Siem Reap ni, entah kenapa macam suka je ke sini kalau nak short break.. pun begitu, masih ada tempat yang belum sempat cover lagi...





Haaaa... akak dibawa ke Angkor National Museum, tapi malas rasanya nak masuk museum tu sebab ianya berbayar, so akak lencung ke sebelah kanan tu, masuk ke Galleria..









Cantik decoration nya dalam Galleria ini..
di tingkat atas pula penuh dengan kedai-kedai branded..




Tak ada apa yang menarik perhatian akak di sini, so sekejap je lah.. dah keluar. Lepas ni akak ke Killing Fields yang tak pernah lagi akak sampai ke tempat tu.


Killing Fields

Wat Thmey (or Wat Thmei) is located about 3 km from the centre of Siem Reap along the exit road from Angkor. Wat Thmey is home to Siem Reap’s Killing Fields’ memorial.


It is a small active Pagoda, with a not-very-inspiring statue of Buddha. The hall it’s in is quite nicely decorated and you could spend a good couple of minutes there looking around. Outside there are the homes for the monks, and a teaching hall, as well as a small gift shop selling tourist tack.

In Siem Reap, the memorial is a small building at Wat Thmey with glass windows housing the skulls and bones of some of those who perished. There are also a couple of boards with fading photos showing life in the dark days. It doesn’t take long to go round. 15 minutes at most on the way back from Angkor. It’s part of the past that many people would like to forget. But, like war memorials in Western Countries, it serves as a warning to future generations. (source)






dalam pondok di bawah ini lah penuh dengan tengkorak manusia yang dikumpulkan, boleh nampak dari kaca tu.. hurm.. akak tak berani nak gi dekat situ, ambik gambar pun zoom je dari jauh...





ok next, akak nak ke tempat buat souvenir seperti sabun, lilin dan bekas-bekas comel sebagai hadiah.

--> [next] <--




No comments:

Post a Comment

Popular Posts