Tuesday 6 September 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (12) - Sightseeing Kobe

Dah penat jalan berjam-jam di Nara Park dan bermain dengan rusa-rusa jinak tadi, kami pun teruskan perjalanan ke Kobe pula, denga  menaiki subway line Kinteksu pula. Perjalanan ke Kobe mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sempat jugaklah nak lelap mata kat dalam train tu sebab dah letih kannn.. :)









Alhamdulillah, dah sampai.. Jom gi sightseeing bandar Kobe...


Wahhh..kat Kobe ni ada SOGO gitu..

Kobe is the 6th largest city in Japan and it is a city on Osaka Bay in central Japan. It is known for its signature marbled beef and scenic setting of mountains framing the harbor. 










Puas kami mencari Masjid Kobe... jauh jugaklah nak sampai. Masjid Kobe terletak di atas bukit sikit. Penat betul rasanya, jauh dah berjalan dari tadi. Akhirnya dah jumpa.. ok, nak bersolat dulu.. Kebetulan waktu itu dah masuk waktu zohor. Tapi, cuma ada beberapa orang lelaki saja yang solat berjemaah kat situ. Masjid Kobe ni merupakan masjid yang tertua di bandar Kobe.

 









Selesai bersolat, apa lagi.. isi perut lah.. hahahaaa... semua dah lapor... jalan sikit, terus dah nampak muslim restaurant ni.. Naan Inn... sengih je lah semua..






Selepas tu, dalam perjalanan menuju ke subway balik, singgah sebentar di temple ni, lupa pulak namanya.. masih berkesempatan tengok bunga sakura di sini juga..

Aduhaiii..jauh lagi nak berjalan kaki ke station subway ni..





untuk info korang, design bagi penutup lubang ni akan berbeza bagi setiap negeri di Jepun..







Lepas ni naik subway balik terus ke apartment untuk berehat. Masing-masing semua dah terlepek keletihan.. Oh ye, lupa nak bagi tau.. grup ke2 ni ada seorang pakcik dan seorang makcik..

Ok, sambung lagi nanti.. Bye!



No comments:

Post a Comment

Popular Posts