Tuesday 24 May 2016

Misi Mencandat Sotong 2016

Pesta Bulan Candat Sotong !!!
Musim mencandat sotong ni tak lama.. cuma dari bulan april hingga jun aje..

Itulah sebenarnya tujuan kitorang pegi trip 2H1M ke pantai timur, negeri Trengganu Darul Iman kali ni.. hmmm... nape? tak percaya ?

hahahaaaa... percayalahhhhh... akak nak gi mencandat dikkkk... :))


Kitorang seramai 12 orang telah berkumpul di RSMY Cheese Naan Best in Town di Maju junction jam 11.30 malam hari jumaat baru ni.. 20/5/2016. Ramai yang mengidam nak makan Cheese Naan tu sebenarnya... Tempat ni memang happening...dah hampir jam 12 tengah malam, pengunjung masih ramai lagi yang baru datang...penuh semua meja.. aku jadi jakun kejap... sebab tak pernah tau pun tempat ni..hahahahaa... siap ada busking lagi.. boleh tahan jugak suaranya..





fughhhh..tarik..jangan tak tarik.. 
harganya pun boleh tahan tarik jugak tu.. cheese leleh...


Tepat jam 1 pagi, kitorang bertolak dengan konvoi 3 kereta... 8 orang pompuan dan 4 orang lelaki semuanya... Setelah 2 kali berhenti di rest area, akhirnya lebih kurang jam 5.30 pagi, kami sampai ke Paka dan terus ke arah Masjid Hadhari, Paka.. untuk menunaikan solat Subuh.


Selepas selesai solat semuanya, apa lagi memang perut berkerok kerok laparrrrr... Kitorang pun mencari lah kedai makan Kak Pah ni..katanya nasi dagang nya sangat femes dan mabeles.. tu yang nak try tu.. panjang tu beratur nya..

Apa yang menariknya kat kedai Kak Pah ni? hooooooiiiii..nasi nya memang sedap. Ikannya pulak manis dan lembut serta fresh... yang paling bestnya.. kuah dan ikan tu boleh FREE refill beb !!! keriangan yang bergandalah jawabnya... kitorang sampai dah tak daya meratah ikan.. akak dah nak habis nasik pun dia letak semangkuk penuh lagi kat sebelah.. isshhh..isshh.. akak jeling je dah lauk tu.. tak dayo den! :)) Memang recommended kedai nasi dagang Kak Pah ni... nasi dagang Kak Pah paling sedap, terletak di Gerai No.30, Sudut Selera Batu Buruk, Terengganu.



tengoklah muka yang happy semuanya ni..dah kenyang kannnnn...



Selesai ngisi perot, kitorang ronda-ronda dulu sementara menunggu kul 10 pagi nak check in kat homestay tu.. Berbunga hati ini.. rasa segar nyaman tengok pokok nyior melambai-lambai..ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. ceh wahhhh.. akak ni memang tak tahan.. jiwa kacau jadinya bila nampak pantai.. beach lover lah katakan..



Rasanya yang kitorang singgah ni pantai Batu Burok...




sempatlah kitorang nak bercanda kejap di pasiran pantai ni... :))



okeyyy..dah kul 10.30 pagi... moh le kita check in ke Homestay Danish di Kampong Kubang Ikan...hmmm..besar dan selesa homestay ni, 3 bilik tidur ber..aircond.. ruang tamunya luas.. so blue youuuu... :)) tak tahan dah nak mandi sangat... lepas tu baru tidoq..rehatkan badan.. petang nanti nak gi mencandat naik bot, baik rehat dulu kan..



Lebih kurang jam 3 petang baru kitorang keluar, kena pegi cari makan dulu..perut memasing dah dendangkan keroncong.. apa taknya breakfast dalam kul 7.30 pagi tadi, lepas tu tidur pulak... memanglah bila bangun tu, lapar tahap gaban semua..


vahh..vahhh...ada restoran dangdut lak kat sini... tapi kitorang tak makan di situ, cuma lalu je..masuk ke kiri lagi.. kawasan ni tempat makan Medan Ikan Bakar Kelulut, Marang namanya.. lepas order makan, apa lagi..akak pun berposing lah jap kat pantai Marang ni..




Dah siap makan, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua orang... excited ni nak gi mencandat sutunnn...













kitorang yang pompuan ni semua lepak kat bahagian belakang bot dan dan yang lelaki 4 orang tu kat anjung bot. Akak tak sempat pun nak meninjau kat depan tu sebab takut bot berombak kuat.. memang terumbang ambing jadinya kalau nak berjalan dalam bot tu.. nak tau tak, yang nampak bertutup dengan plastik biru kat gambar yang atas, tu lah tandas bot ni! haaaaa.... kwang kwang kwanggggg.. memang siksa lah jugak akak rasa kalau nak membuang kat situ..hihihiii... akak pernah sekali cuba menahan beberapa jam nak buang air kecik sebab pikirkan susahnya bot terumbang ambing dilambung ombak tu, tapi akhirnya terpaksa akur juga sebab dah maximum nak keluarnya.. hahahaa.. maka, ku harungi jua kepayahan itu... :))


Sementara kitorang dok layan ombak laut, brader 2 orang tu sibuk buat keje.. prepare untuk nak candat nanti.. brader baju itam tu jugak adalah chef atas bot untuk kitorang... sedap tau dia masak... sotong fresh goreng cili api.. dan kuah ikan masak singgang.. fughhhhh.. kawww..kalau mak mertua lalu kat situ pun, memang takkan nampak punya.. kul 3 pagi tu makan nasik.. cuma akak ni tak sempat nak snap gambar pun sebab masa tu tubuh akak ni dah dibaluti dengan mabuk laut ! hahahaa...






Jom kita mencandat..
memasing dah tak zabarrr nak nengok hasil tangkapan ni..



yeayyyy...ini lah hasil candat yang pertama kitorang ! excited giler !
yang kelakarnya, kawan akak ni lepas dia dapat tangkap sotong yang ini..terus dia dah flat mabuk laut.. hahahahaaaa... ok lah.. pengeras kannn..

Baru akak tau, rupanya sotong ni dalam laut, warnanya jernih.. tapi bila dah ditangkap letak dalam bot, warnanya perlahan-lahan bertukar jadi putih purple ke kebiruan ke... whatever kaler lah... macam yang kita tengok kat pasar tu.. dah tu sotong tu dah tak bergerak langsung dah walaupun masih bernafas.. beranilah akak nak pegang nya... 





wahhhhh..hebat belaka kawan-kawan akak ni.. actually sotong tak banyak dapat sebab, brader tu kata kita datang ke bot dah lewat..patutnya dalam kul 6 petang dah start mencandat..ni.. kitorang malam baru nak start.. huhuuu... adehhhhhh.. kitorang terpaksalah candat ikan sekali, tapi kena gi ke port lain lak.. dan ini ialah hasil tangkapan kitorang yang pompuan ni.. yang lelaki tak tau lah..sebab akak tak dapat nak ngintai ke depan..

akak nak story sikit ni..sebenarnya akak dari malam tadi dah mabuk laut, walaupun dah telan ubat mabuk sebelum naik bot tadi. haaa... bukan akak je yang mabuk rupanya...ramaiiiiii... so, nampak gayanya akak ni jadi tukang sorak je lah tiap kali member berjaya dapat hasil tangkapan.. dan tolong snap gambar je..itu pun dari tempat duduk akak tu je..(yang memang dah duduk berejam macam tok pekong siam dah..tak bergerak..hahahahahaaa)


terlepak habis... ada sorang member tu terbaring je dari kul 10 malam sampai 10 pagi esoknya! ada 2, 3 orang jugak yang muntah... hehehee... position tu memasing tak yah citer lah.. segala jenis kuak lentang ada.. hikkk :))

abam chef baik hati buatkan kitorang bekpes sandwich sardin... alhamdulillah


hahahaaaa...gambar bawah ni memang klakar..
awat yang lelaki ni semua pemalu ek! tidur pakai tutup muka bagai.. yang kitorang ni steady je semua, tak yah tutup tutup muka... hahahahahaaa..

Semangat semangat yang terbang bersama ombak (ayat Iman) 
mabuk laut belaka... :))


Ok...time untuk balik ke jeti.. dah nampak Masjid Kristal tu.. yeayyy!
semua happy dan tak sabar.. sebab dah teruk mabuk laut memasing... hahaha



Kitorang balik ke homestay untuk bersiap mandi..refresh..ada masa lagi untuk membuta dengan selesa kejap.. maklumlah semalam tidur-tidur ayam je dalam bot tu.. masa akak solat pun, mak aiii.. badan masih terasa terumbang ambing tu... mabuk daratlah pulak!

Lebih kurang jam 3 petang kitorang check out dan berangkat pulang. On the way, singgah jap beli keropok, satar dan ikan masin kurau dan talam  yang ini mak akak kirim..



geng pesona...




Alhamdulillah, selamat sampai ke KL dalam pukul 10.00 malam... Terima kasih pada organiser trip ini..the Ayus.. best sangat akak dapat berbagai experience semasa misi candat sotong ini...dan dapatlah jugak merasai sedikit pengalaman nelayan.. sangat berharga kan pengalaman tu? 

Agak-agak nak pegi lagi tak? haaaaaaa... akak memang suka nak pegi, tapiiiiiiiiiii.. yang tak tahannya mabuk laut tu... hik..hikkk..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts