Sunday 20 March 2016

Trip Cambodia-Laos ( Part 7 - Sightseeing Vientiane, Laos [2] )

Dah sampai ke bandar, kami mintak Mr. Bum hantar kami ke shopping complex, Talat Sao Mall.. saja lah nak survey... jamu mata orang kata.. Baru akak tau, rupanya ini lah satu-satunya shopping complex yang ada di bandar Vientianne ni... dan standardnya adalah lebih kurang macam bazaar je... isshh..isshhh..












haaaaa... oh tidakkk... akak terjebak...
ini ialah cenderahati yang akak beli di Talat Sao Mall ni..


Ok, akak nak share rupa matawang Laos ni.. KIP. Kat Mesia memang tak dapat sebab tak ada...akak tukar di Vientianne ni.. alamak, rate nya dah lupa lah..




Dah penat shopping, kami cari tuk tuk untuk balik ke hotel...
berehat dan solat. Malam nanti nak pergi night market pulak yang memang dekat je dengan hotel kami ni, jalan kaki je..

Lunch kat Dhaka Restaurant jugak yang dua tiga langkah je dari hotel akak tu... akak makan nasi goreng lagi... 


lepas tu merayap ke kedai sebelah pulak.. Mulberries Camacrafts.







Jom..jom..balik bilik..dah senget dah tu bawak barang..

Lepas solat jamak maghrib-isyak, kitorang pun panjangkan langkah ke Night Market pulak...nasib baik tak hujan masa tu, dapatlah meninjau ke situ..

Oh ye...sebelum tu dinner dulu, dengan Dosa Masala... sedap!






kami beli beberapa helai pashmina kat dia ni..



Penat betul hari ni.. hmmm..balik ke hotel melepek... heheheee.. ok lah kena packing ni sebab esok pagi nak balik mesia dah...
 
Good Morninggggggggg...
wahhh.. seronok pagi ni sebab nak balik dah, rindu kampung halaman setelah 10 hari merantau trip Cambodia-Laos ni...hmmm.. Sebenarnya balik nanti, akak cuma dapat rehat sehari je, sebab lepas tu akan fly untuk Trip India pulak selama 17 hari. Penat kan? heheheeee...blasah je lah badan ni..

Semalam dah pun janji dengan Mr.Bum suruh hantar ke Wattay International Airport - Vientianne, Laos. Tibalah saat dan ketikanya nak berangkat balik.. Semoga penerbangan balik kami dipermudahkan. Aamiin.. "Kapcai Lai Lai Vientianne" maksudnya terima kasih banyak Vientianne..




Thank you for your good service Mr.Bum.. kalau sesapa nak ke sana, memang akak rekomen ambik servis teksi dia ni..



Bye bye Vientiane!


Alhamdulillah, dah selamat sampai ke KLIA2..



Sampai ketemu lagi di lain trip! 
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman akak yang tak seberapa ini..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts