Saturday 19 March 2016

Trip Cambodia-Laos ( Part 6: Siem Reap, Cambodia - Vientiane, Laos )

Good morning from Siem Reap!
Jam 7 pagi kami dijemput oleh Nasri sambil tersengih-sengih menjinjing 2 peket nasi goreng yang kami dah suruh semalam, minta dia tapau kan untuk pagi ini memandangkan kami tak sempat untuk breakfast di kedai makan tu... 

Kami dihantar ke tempat van yang akan bawak kitorang ke border Cambodia-Laos yang mana kami dah beli tiketnya semalam. Owner van servis ni rupanya orang Spain (gambar bawah sedang bagi penerangan tu) yang dah lama menetap di Siem Reap. Akak cuma sempat tanya itu je padanya sebab dia busy dengan customer yang ramai..kalau dia tak busy, memang banyak lagi lah yang akak akan korek...hehee..

Kami berlepas kul 8 pagi dengan menaiki van 12 seaters dari Cambodia untuk ke Laos. Perjalanan akan mengambil masa 9 jam.



Pemandangan dalam perjalanan begitu sejuk mata memandang.. sawah padi, lembu..di kiri kanan jalan. Kami berhenti sebentar di Riverside Guest House untuk makan dan tukar van pula untuk masuk ke border Laos nanti di Paisek. Angin bertiup agak kencang menemankan kami makan nasi goreng yang dah ditapau pagi tadi di Siem Reap. Semoga perjalanan kami berjalan lancar...

Lokasi: Sekong River, Stung Treng - Phnom Penh, Cambodia





dapat kawan baru, berkenalan masa dalam van tadi... Claire and Lohr from France 

Ok, dari sini kami yang seramai 12 orang tadi telah berpisah kerana berlainan destinasi. Akak berdua ni naik van yang lain. Lama jugak menunggu van yang sepatutnya kami naik tu, hampir sejam... Bila van sampai dan kami naik van... akak agak terperanjat sebab van tu dipenuhi dengan buah mangga gitu! sabor je lah... nasib baik harum semerbak bau mangga tu dalam van..  teringat pulak akak masa trip Indochina dulu yang dari Phnom Penh naik bas ke Bangkok... bas tu pun dipenuhi dengan buah mangga dan sayur... sampaikan bawah seat akak pun banyak buah mangga! :))




Sampai di border untuk cop imigresen..






Alhamdulillah dah sampai ke Paksek, border Cambodia Laos kul 7.30pm tadi. Lambat sampai..banyak berhenti rehat van tu tadi..

Kami terus beli tiket sleeper bas ke Viantianne (22usd) yang In Shaa Allah akan sampai esok pagi kul 6.30. Nampak gayanya hajat nak ke Luang Prabang terpaksa dimatikan saja sebab perjalanannya masih jauh lagi.. kena tambah 8 jam lagi dengan naik bas lain pula selepas sampai ke Viantiane, akak takut tak cukup masa nanti.. sebab dah beli flight balik KL on 28/1/2016 dari Vientiane... huhuuuuu...kempunan lah jawabnya!

Aduuuuhhhh....Sejukkkkkk sangat..angin pun kuat..asik nak terkencing je rasanya..

Nampak kedai telco di seberang bus station ni... nak beli simkad Laos.. Terkejut kejap tadi akan harganya... berulangkali akak tanyakan harganya, bagaikan tak percaya.... namun akhirnya, terpaksa lah juga kami beli simkad tu.. harganya 10,000 kip +top up 10,000 kip, bila convert ke usd jadi 25usd! Mak datokkkkk.. mahainyer!

Semoga perjalanan kami dipermudahkan... aamiin.. Bismillah..




Lokasi: Pakse Champasak Lao



Alhamdulillah...dah sampai ke Vientiane bus station kul 6 pagi. Cuaca teramatlah sejuknya dalam perjalanan ditambah lagi dengan hujan. Bila dah turun bas ni memang beku terus rasanya...apa taknya..12C. Suasana di bus station ni penuh orang walaupun masih awal pagi. Roti perancis dijual merata di sini. Ok lepas ni misi mencari hotel pula.. sebab memang tak buat booking pun, main redah je ni..








Kami naik tuk tuk untuk pergi ke hotel.. sambil menggigil kesejukan sebab sebenarnya kami pun tak tau dan tak prepare pun untuk cuaca sejuk begini.



Kami ke hulu ke hilir mencari hotel yang sesuai dengan budget kami. Kebanyakan hotel dah penuh... Punyalah susah communicate dengan driver tuk tuk ni sebab tak tau omputih langsung... akhirnya kami check in di Douang Deuane Hotel - Vientiane, Laos. Harganya 200,000 kip (25usd) bilik untuk 2 orang... 

Lepas check in kami gi breakfast dulu... dah kelaparan ni dan menggigil kesejukan dalam cuaca hujan ni.. 12C .  Makan Banana Prata (8,000 kip) dan coffee (6,000 kip) kat restaurant depan hotel tu je ha.. Restaurat Dhaka..
Conversion rate... 1usd=800 KIP
hmmm... Nasib baik sedap :))



Dah siap isi perut, baru masuk bilik. Ok lah tu.. ada balcony sekali.. Cuma tak ada kettle untuk masak air panas, kena ambil di restoran nya di tingkat bawah. 












Dah puas berehat, kami keluar ronda kawasan di persekitaran hotel kami. Cuaca kat sini asyik hujan je sekali gus membataskan pergerakan kami..



Dinner malam ni makan Dosai Masala (25,000 kip) dan Beriyani Beef (50,000 kip)... erkk... Alhamdulillah.. sedap!



Ok, nak berehat dah ni... jumpa lagi esok ye, ikut akak gi sightseeing Vientiane pulak :))


--> [Next] <--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts