Thursday 10 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 14: Hyderabad)

Alhamdulillah, kitorang dah sampai ke Rajiv Gandhi Hyderabad Airport lebih kurang pukul 7.15am... (penerbangan selama 2 jam 5 minit dari Delhi) hmmm.. airport nya nampak moden..tempat baggage claim nya pun tengoklah tu, ada patung patung yang peragakan pakaian...macam tengok fashion show pulak..fughhh!




Hyderabad is the capital of southern India's Telangana state. A major center for the technology industry, it's home to many upscale restaurants and shops. Its historic sites include Golconda Fort, a former diamond-trading center that was once the Qutb Shahi dynastic capital. The Charminar, a 16th-century mosque whose 4 arches support towering minarets, is an old city landmark near the long-standing Laad Bazaar.

Relics of Qutb Shahi and Nizam rule remain visible today, with the Charminar—commissioned by Muhammad Quli Qutb Shah—coming to symbolise Hyderabad. Golconda fort is another major landmark. The influence of Mughlai culture is also evident in the city's distinctive cuisine, which includes Hyderabadi biryani...read more

Bandar Hyderabad ni memang bersih dan moden. dah macam di KL... Itulah persepsi dari kaca mata akak...



fisheries department


Kami check in di LOG IN Hotel. Hotel tu terletak dalam kompleks ni namanya Elephant place kalau tak silap... kat sini akak 3 orang sebilik... Akak tak sempat ambik gambar pun.. masa tu kepala dah ting tong sebab tak tidur kot... agak pening pening lalat dan penat..huhuuu.. masuk bilik jer, terus makan ubat, tidur! Lepas tu tau je lah, bila semua dah bersepah, takkan nak ambik gambar kan :))

Sedar-sedar, perut kitorang rasa lapar, tapi semua tak larat nak kluar. So, kitorang order dari bilik, nasi putih je dan makan dengan lauk Brahim dan sambal belimbing, bekalan kitorang tu..  


Tengahari, member akak ni ajak keluar ke Charminar Bazaar, nak jalan-jalan dan nak ambik gambar berpakaian dress 'anarkali' yang beli kat Jaipur tempohari tu....cunnnn dorang bertiga tu.

Tapi akak memang tak larat, kepala masih belum ok.. jadi akak tak ikut ler dorang...ada jugak 5 orang lagi member yang tak kluar...nak rehat katanya.. Sebenarnya, kitorang ni semua dah homesick, ye lah..lama sangat dah travel..



Dah lewat petang baru kepala akak ok dan kitorang keluar ke GVK Mall, janji jumpa yang dah pergi ke Chaminar tadi tu di situ.. 




Makanan di food court di GVK Mall ni semuanya halal dan boleh dimakan. Ini nasi briyani sebenarnya, ada fries sekali.. tapi dah campur kuah atasnya..dah nampak macam rojak pulak..


hmmmm..dapnya ice cream!


Masuk ke kedai HRC tapi hari ni akak tak beli lagi baju HRC ni sebab nak survey dulu.. maklumlah esok masih ada...hikkk..




Wahhh..ada orang nak belanja makan kat cafe HRC ni..best..best! 
ime aceh Zai... murah rezki..  Jom makan :))



naik auto balik, sampai depan hotel, kitorang boleh sambung lagi melencong pulak ke kedai-kedai yang kat tepi hotel tu.. pompuan..pompuan...iissshh..issshhh..






dah penat meronda, baru naik hotel..

--> [next] <--


2 comments:

  1. salam awak.. saya ada conference this october kat hyderabad
    . dekat hyderabad convention centre(HICC).. puas saya google pasal hyderabad ni.. n saya jumpa blog awak je yh pegi this year.. boleh tak awak citer sket psl pengalaman awak kt sana.. cuaca.. apa yg menarik utk dilawati dan dibeli utk bwk balik.. and lagi satu sesuai tak kalau saya nak bawak children ages 4, 8 dan 10tahun with my husband? saya tgh berkira2 samada nk bwk diorg atau tidak.. thanks for your advice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... minta maaf sangat ye, baru sempat baca komen Marisha ni, busy.. tak sempat tengok comment yang berlambak-lambak kat dalam tu. Saya rasa now awak pun dah berada di sana kan? Cuaca lebih kurang malaysia jugak. Hyderabad tu bandar moden, so boleh je bawa anak2 sekali. Shopping? hmmm.. branded seluar jeans murah :))

      Delete

Popular Posts