Saturday 27 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 5 - Srinagar, Pahalgam [2] Memukau Pandangan Mata)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Pahalgam... 
Begitu memukau pandangan mata ini.. tak berkelip mata memandang...

Shebir park van nya di kawasan letak kereta di situ... Tak lama selepas tu, bila kami turun van je terus dihurungi dengan pengendali-pengendali kuda mencari mangsanya... hikkk...

Seperti yang ada tercatit dalam banner di situ, pakej untuk Kashmir Valley, Dabyan dan Baisaran ialah Rs 1050. Namun, setelah puas kami bargain, akhirnya kami dapat harga Rs700 seorang, ditambah dengan Rs 50 untuk sewa kasut.

Tapi sebelum tu kami bergambar gambar dulu dengan background yang sungguh cantik tu...













Dengan Bismillah akak naik atas kuda, perasaan berdetap detup..
Maklumlah, ini kali pertama akak naik kuda...selama ini memang akak teringin sangat nak naik kuda, tapi belum pernah berkesempatan. Last last bila dapat naik..tu dia..mak aih.. terus yang mencabar pulak tu.. menggigil jugak lutut dibuatnya... macam macam rasa yang terjah otak fikiran akak ni...

Perjalanan bermula di jalan yang datar.. iaitu Kashmir Valley... masa ni akak happy je naik kuda. Ok, lepas tu.... akak nak habaq mai sikit ni... kisah tragik akak ni..sob sob..huhuuuu... 

Bila tiba time nak ke Dabyan iaitu daki bukit yang curam, ber snow pulak tu, akak dah risau sangat sebab akak lihat kuda yang bawak member akak di depan tu dah brapa kali terkeloceh kakinya dan hampir jatuh. Tersentap akak nengoknya sambil mengucap panjang dan berzikir je dalam hati.. berdebuk debak hati... sambil berdoa sambil pejam mata. 

Tap tapppppp.... kuda yang bawak akak tu terkeloceh kaki dan jatuh tergolek. Bagai nak gugur jantung akak rasanya tika itu...terhenti seketika. Akak buka mata dan nampak kuda tu jatuh di sebelah akak. Ya Allah! Nasib baik kuda tu tak hempap atas akak...jerit dalam hati! 

Lepas tu kuda tu bingkas bangun, cuma akak yang masih terkaku terkejut di situ. Selepas tu terus rasa fobia naik kuda. Tapi apa kan daya, tak ada pilihan lain lagi.. perjalanan kena diteruskan lagi dengan menaiki kuda. Terpaksalah akak kuatkan semangat juga untuk menyambunglan perjalanan hingga sampai ke Baisaran... selepas beberapa minit meredakan perasaan, akak kembali naik kuda tu.. 

La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)... Bismillah..

Masa tu, tak ada siapa pun yang ambik gambar kat Dabyan tu sebab masing masing semua risau.. kemudian tu baru member member akak yang kat belakang akak masa tu cerita... dorang masa nampak akak jatuh tergolek je, semua dah kecut perut dan ada yang menangis jugak, sebab takut.































Dia ni ialah fotografer yang ikut sama grup kitorang...hmmm..dok kejar-kejar ambik gambar kitorang untuk dijual nanti..



Subhanallah! Dah sampai ke puncak... Baisaran nama tempat ni, juga dikenali sebagai Mini Switzerland... sangat awesome! Kalau nak tahu, di sinilah salah satu lokasi dalam movie Bajrangi Baijaan!

Oh ye.. nak masuk ke sini, kena bayar 15 rupees...


Kami berehat di sini sambil order 'pakoda'..eh..betul ke nama tu.. alaaa..yang macam jejemput tu.. lupa nak snap gambar.. cepat norrr licinnya..hehee..



Menikmati suasana segar dan mendamaikan...



Ini ialah Yusouf, umur 22 tahun baru dan matanya warna hijau okeyyy... :))
Dia ni lah yang banyak membantu akak masa naik kuda. Akak memang seram sikit rasanya naik kuda tu bila masa nak naik bukit..Bila dia jauh sikit dari akak, akak akan jerit panggil dia.. Yusouffffff.. come... dia pun jawab, no problem didi... I am here... (didi tu maksudnya kakak, bukan penyapu lidi ye) heheheee... begitu bagus sekali dia jaga akak.. 

kalau tak percaya, tengok gambar gambar kat atas tu...memang Yusouf sentiasa dekat dengan akak... happy sangat dia bila akak bagi dia tips 500 rupees.. ialah kesian tengok macamana susahnya dia kendalikan kuda tika naik bukit.. lagi pun akak fikirkan nyawa tu...

Akak juga sempat sewa pakaian Kashmiri dress untuk bergambar di situ... Amacam? hehehee... dah macam orang Tibet (mak akak kata).. betul jugak tu... hahahaaa...





Happy nya kanak kanak riang ni semua...


Ok, bila dah puas berposing posing kat atas tu, kami pun naik kuda balik untuk perjalanan turun pula..




Alhamdulillah, dah sampai pun.. legaaa...



--> [next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts