Thursday 10 September 2015

Krabi - (Part 1) Menikmati Keindahan Pantai Ao Nang Krabi

Setelah check-in...kami masing-masing berehat dari kepenatan travelling beberapa jam duduk dalam van perjalanan dari Hatyai. Akak berasa amat berpuas hati dengan suasana serta bilik di Hotel Krabi Heritage ini. Sungguh selesa walau pun hotel ini cuma bertaraf 3 bintang, tapi sebenarnya seperti 4 bintang.

Kami keluar berjalan ke tepi pantai untuk menghirup udara segar. Pantai Ao Nang sangatlah cantik dan romantis sekali. Terasa kedamaian menusuk ke jiwa dengan suasana yang meniti senja.

Maaflah, gambar-gambar yang diambil tika itu tak cantik, sebab camera phone buat hal. Macamana pun, tak kisah lah kan.. asalkan masih boleh dapat mengabadikan dalam  gambar... kan?













Cantik betul reort yang ada di tepi pantai ini..memang sesuai untuk merehatkan minda dan stress.















Nampak ramai pelancong mat salleh kat sini dengan girlfriend melayu dengan pakaian seksi... ????




Jalan-jalan di bandar Krabi...


Booking untuk pakej Island hopping esok nya.. Masa tu puas tawar menawar nak harga murah. Last-last sorang lelaki dari grup kami terpaksa mengorat bapuk tu..hahahhaaa.. baru dapat banyak diskaun :))


Banyak jual souvenirs di tepi jalan..


Masa ni teringat pulak lupa bawak ubat mabuk laut, jadi singgahlah ke farmasi ni.



Sebelum balik ke hotel, kami dinner dulu..



Ok, dah kenyang... nak balik dulu sebab esok, pagi-pagi lagi nak keluar dah untuk pergi island hopping.. tak sabar nya...

tunggu cerita selanjutnya...


- [next] -




No comments:

Post a Comment

Popular Posts