Tuesday 9 June 2015

Hat Yai (Part 5)

Thailand - Hat Yai (Part 5)
Hatyai Klonghae Floating Market

Setelah berehat daripada penat menyertai acara Hatyai International Marathon pagi tadi, kami meneruskan agenda selanjutnya iaitu melawat ke Hatyai Floating Market pada sebelah petang.


Kami menaiki tut-tut, semestinya mem kena duduk depan, yang lain di belakang ye.. :) Perjalanan mengambil masa antara 20-25 minit dari bandar Hatyai bergantung pada keadaan trafik. Sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang adanya floating market di Hatyai, berbanding dengan yang popular di Bangkok.





Ok, dah sampai...
Jika anda ingin pergi dengan tut-tut, bayaran biasanya adalah antara 500 baht hingga 700 baht. Pandai-pandailah anda menawarnya.

Floating market terletak bersebelahan dengan temple itu.












Gambar yang diambil dari atas jambatan



Jom kita turun bawah..



Tak sangka, ada cultural show di situ...























Beginilah caranya urus niaga dengan peniaga dalam sampan itu. Makanan akan diletakkan di dalam bakul dan dihulurkan kepada pembeli dan pembeli pula perlu meletakkan duit di dalam bakul tersebut setelah makanan di ambil. Unik kan?



Minuman yang dijual di dalam bekas minum tanah liat ini berharga 20 baht saja...
Kanak-kanak memang suka sangatlah dapat bekas tu, tapi masalahnya pula ialah bila mak bapaknya yang kena bawa balik ke rumah. Akak teringat akan seorang member ni yang beli banyak bekas tu untuk mereka sekeluarga, anak-anaknya seramai 4 orang. huggghhhhh.. berat tuuuu... kesian pulak tengok dia mengangkutnya balik ke tut-tut. Jangan marah ye N... nanti kena jual ;)


cute kan bekas-bekas ni? :))





Satu lagi bekas minuman unik yang dijual di situ ialah bekas buluh.
Tersenyum cik adik ni minum dari bekas tu :)
Lepas air habis diminum, siap bawak balik lagi buluh tu ke hotel.









Tiba-tiba akak lihat semua peniaga berdiri tegak dalam sampan, Pelik jugak rasanya..
Oohhhh... rupa-rupanya lagu kebangsaan mereka berkumandang.






Macam-macam ada... ketam goreng, udang goreng tepung..dan banyak lagi...




Masa nak balik, dah malam...










Apa lagi yang member kita tu tunjuk-tunjuk tu?
Ohhh...pulut masak dalam buluh tu...



Dah sampai ke tempat parking tut-tut yang kami sewa...
kepenatan... nak balik ke hotel dah..



Kesimpulannya, jika anda datang melancong ke Hatyai, jangan lupa untuk melawat ke tempat yang happening ini.. Klonghae Floating Market... memang menarik.

Operating Hours:
Friday to Sunday 3pm to 9pm 


No comments:

Post a Comment

Popular Posts