Friday 22 August 2014

Cambodia - Siem Reap (Part 4)

Setelah dijemput oleh Mr.S tepat jam 7.30 pagi, kami pun menghala ke restoran ler untuk breakfast...

hari ni akak breakfast chicken porridge...lupa pulak ambik gambar :)

Selepas itu, akak singgah sebentar di Masjid terbesar di Siem Reap ni..



Rumah Mr.S pun di kawasan ini rupanya, sempat juga bertemu dengan isteri dan anak-anaknya..



Seterusnya kami ke Silk Farm pula..




ini ialah telurnya...


Nampak tak ulat sutera tu?




proses menarik benang dari ulat sutera...


Cara proses untuk dapatkan benang...

 

menenun...
 
 

 kedai menjual barang-barang yang dibuat dari sutera..









Setelah selesai melawat di kilang sutera ini, dalam perjalanan, Mr.S berhenti sekejap untuk beli buah  nona, rupanya..untuk beri kami makan.. pemurahnya Mr.S ni... hmmm.. manis betul buah nona di sini...



setelah itu, kami dibawa pula singgah ke satu tempat untuk minum kopi saja memandangkan masih awal lagi untuk lunch..

tempat ni setting kerusinya ala-ala macam nak tengok wayang aje... :))

     
mak aiiiiii...manisnya kopi dia... 
berdesing kepala akak ni.. terpaksa minta air kosong untuk dilancungkan...

lepas tu, teruskan perjalanan lagi...dibawa ke hadapan kilang membuat sabun serta perfume, tapi dua-dua kami tak nak singgah..

lunch time.. inilah restoran peberet akak... :)


menu istimewa... 'Lembu Naik Bukit..'

amacam nama tu? heeee..
akak teringin sangat dari hari pertama sampai, nak makan hidangan istimewa restoran ini... tapi asyik bertangguh aje..

masak kat depan akak tu... gunakan butter, tak guna minyak..


 

haaa..tu dia...dah siap masak..



ada aneka makanan ringan juga yang dijual di sini...

 
rasanya macam kuih kapit.. USD5 each..



Berposing pula dengan kawan baru kami... 
Kami bersalaman mengucapkan selamat jalan kerana mereka akan ke airport untuk berangkat balik selepas tu...

Selepas lunch, aktiviti seterusnya yang sepatutnya ialah pergi ke The Cultural Village dan tengok cultural show. Tapi disebabkan kami berdua dah berasa pening kepala dan amat letih di dalam cuaca yang sangat panas terik tu, maka kami batalkan saja dan pulang terus ke hotel untuk solat dan berehat...

Ada bekalan kuih pulak untuk kami rupanya... baik betul si Mr.S ni.. alhamdulillah.. suka..suka.. tapi tak ingat dah nama kuih ni :)

 

Dinner malam ni... malam terakhir akak di sini...



 Khmer Sour Soup (Fish) 

aktiviti seterusnya ialah mencari durian...


 

Isinya bukan main tebal lagi... dan manis!
durian mekong ni sedap sangat isinya dan juga besar sangat... 
isinya diisi dalam bekas dan dibawa pulang ke hotel...


satu lagi aktiviti malam yang wajib ialah ke Night Market :))


berpeluh-peluh akak menyoping :)

sedapnya tengok...mmmm..orderlah jawabnya.. mango juice.. lama jugak menunggu giliran tu, ramai sangat yang order.. fughhh...



Kami pun dihantar pulang ke hotel selepas itu untuk berehat...

Nantikan entri terakhir akak ye.. Siem Reap - Cambodia (Part 5)


2 comments:

  1. Bestnya akak si salim ni lanje mkn mcm2 jelezzz tau

    ReplyDelete

Popular Posts